http://darussalam.net.my/modules/mod_image_show_gk4/cache/banners.banner 1gk-is-106.jpglink
http://darussalam.net.my/modules/mod_image_show_gk4/cache/banners.selawat tafrijiyyahgk-is-106.jpglink
http://darussalam.net.my/modules/mod_image_show_gk4/cache/zam zam darussalamgk-is-106.jpglink
  • Semasa
  • Jadual Klinik
  • Ust Ismail Kamus
Darussalam akan mengadakan Progran SEHARI AHLI DI DARUSSALAM sempena Sambutan Ma'al Hijrah. Sehubungan itu semua ahli Darussalam dijemput hadir. Tarikh : 8 November 2014 Tempat : Bangunan Darussalam.

JADUAL RAWATAN DARUSSALAM

Isnin 10.00pg - 4.00ptg

Selasa 09.00 - 11.30mlm

Rabu 10.00pg - 4.00ptg

Khamis 10.00pg - 4.00ptg

Sabtu 02.30pg - 6.00ptg

Ahad 02.30pg - 6.00ptg

 

RAWATAN BERSAMA DATO' ISMAIL KAMUS

Selasa 10.00pg - 12.00tgh

Ahad 10.00pg - 12.00tgh

iBADAH YANG MENGHILANGKAN BENCANA : TAWASSUL

BERTAWASSUL DENGAN CARA YANG DISYARIATKAN

Abdullah bin Umar r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda ;

“ Ketika tiga orang lelaki sedang berjalan-jalan, tiba-tiba turun hujan. Lalu mereka berteduh di dalam gua sebuah gunung. Secara tiba-tiba, pintu gua itu tertutup dengan sebuah batu besar menyebabkan mereka terkurung, lalu sebahagian berkata kepada sebahagian yang lain, ‘ Ingatlah semua amal baik yang pernah kamu lakukan kerana Allah SWT Setelah itu berdoalah kepada Allah SWT dengan amalan masing-masing, semoga Allah SWT menolong kesulitan ini.”

 

Lelaki pertamaberkata, “ Ya Allah, suatu ketika dahulu aku mempunyai dua orang ibu bapa yang sudah tua melarat. Mereka tinggal bersama keluargaku yang terdiri dari seorang isteri dan beberapa orang anak yang masih kecil. Aku pelihara mereka serta mengabdi diri untuk mereka. Jika aku mempunyai waktu lapang, aku terus memerah susu untuk mereka. Aku utamakan kedua-dua orang  tuaku untuk meminumnya terlebih dahulu daripada anak-anakku. Suatu hari, kerana kesibukan bekerja hingga petang, baru aku dapat pulang. Aku dapati kedua orang tuaku sudah tidur.

 

Seperti biasa aku terus memerah susu dan aku letakkan susu tersebut di dalam sebuah bekas. Aku berdiri di hujung kepala kedua orang  tuaku, namun aku tidak sanggup mengejutkan kedua dari tidur yang nyenyak. Aku juga tidak sanggup memberi anak-anakku minum terlebih dahulu sebelum kedua orang tuaku meminumnya, sekalipun mereka meminta-minta di hadapanku kerana lapar dan dahaga. Aku terus setia menunggu mereka dan mereka tetap pula tidur hingga pagi. Jika Engkau tahu apa yang aku lakukan itu adalah semata-mata mengharap keredhaanMu, maka tolonglah aku daripada kesulitan ini. Gerakkanlah batu besar ini, sehingga kami dapat melihat langit.” Kerana pengabdian (bakti ) tersebut, Allah SWT berkenan menolong mereka dengan menggerakkan sedikit batu besar tersebut, sehingga mereka dapat melihat langit.

 

Lelaki kedua pula berkata, “ Ya Allah, suatu ketika dahulu, aku mempunyai seorang sepupu perempuan . Aku mengasihinya sebagaimana cinta seorang lelaki terhadap seorang perempuan yang cukup mendalam. Aku minta supaya dia melayani keinginan nafsuku. Namun begitu, dia tidak sudi untuk berbuat demikian kecuali setelah aku mampu memberikannya wang sebanyak seratus dinar. Untuk tujuan tersebut, dengan susah payah akhirnya aku mampu mengumpulkan wang sebanyak itu . Setelah itu, aku membawa wang tersebut kepadanya.

 

Baru sahaja aku ingin menyetubuhinya, dia berkata, ‘ Wahai hamba Allah! Janganlah engkau meragut kesucianku kecuali dengan pernikahan terlebih dahulu. Mendengar kata-kata tersebut aku terus bangkit daripadanya serta membatalkan niat jahat ku. Seandainya Engkau tahu bahawa apa yang aku lakukan itu adalah semata-mata untuk mencari keredhaanMu, tolonglah kami dari kesulitan ini. Gerakkanlah batu besar ini.” Allah s.w.t berkenan mereka di mana batu besar itu terbuka sedikit lagi.

 

Lelaki ketiga pula berkata, “ Ya Allah, suatu ketika dahulu, aku pernah mengupah seorang pekerja untuk membanting padi. Setelah selesai melakukan pekerjaan, dia berkata, ‘ Berikan upahku’. Namun aku enggan membayar upahnya. Dia terus menugal padi dan meminta upahnya beberapa kali. Aku masih seperti biasa, enggan membayar upahnya dan terus memperkerjakannya untuk menugal padi sehingga aku dapat mengumpul beberapa ekor lembu dan beberapa ekor anaknya. Suatu hari lelaki tadi dating kepadaku dan berkata, ‘Takutlah kamu kepada Allah, kamu jangan menzalimi aku dengan kewajipanku.’

 

Kemudian , aku berkata kepadanya, ‘Ambillah lembu itu serta anak-anaknya.’ Dia berkata, ‘Takutlah kepada Allah , jangalh mempermainkan aku.’ Aku berkata, ‘Aku tidak mempermainkan kamu, tetapi ambillah lembu itu serta anak-anaknya.’ Sehingga akhirnya dia mengambil lembu tersebut. Seandainya Engkau tahu bahawa apa yang aku lakukan adalah semata-mata untuk mencari keredhaanMu, tolonglah kami dari kesulitan yang tinggal hanya sedikit lagi.” Akhirnya Allah pun menolong mereka dan mengggerakkan batu besar yang menutupi gua tempat di mana mereka berteduh.”

( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim )