http://darussalam.net.my/modules/mod_image_show_gk4/cache/banners.banner 1gk-is-106.jpglink
http://darussalam.net.my/modules/mod_image_show_gk4/cache/banners.selawat tafrijiyyahgk-is-106.jpglink
http://darussalam.net.my/modules/mod_image_show_gk4/cache/zam zam darussalamgk-is-106.jpglink
http://darussalam.net.my/modules/mod_image_show_gk4/cache/ramadan darussalamgk-is-106.jpglink
  • Makluman Semasa
  • Tazkirah

JADUAL RAWATAN DARUSSALAM

Isnin 10.00pg - 4.00ptg

Selasa 09.00 - 11.30mlm

Rabu 10.00pg - 4.00ptg

Khamis 10.00pg - 4.00ptg

Sabtu 02.30pg - 6.00ptg

Ahad 02.30pg - 6.00ptg

Rawatan bersama Al Fadhil Ust Ismail Kamus

Selasa 10.00pg - 12.00tgh

Ahad 10.00pg - 12.00tgh

  • Carilah seribu sahabat dalam pergaulan,kerana seribu sahabat belumlah banyak.Jauhilah seorang musuh, kerana musuh yang seorang itu sudah lebih daripada banyak.(Lukman Hakim)

  • "Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sahajalah tempat meminta pertolongan" (Surah Yusuf:18)

  • Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.(Hamka)

  • Dimana Tempat Tinggal Jin

     

    Ramai beranggapan jin tinggal di hutan-hutan belantara sehingga disebut orang kalau tempat itu agak terpencil maka dikatakan tempat jin bertendang. Sememangnya, jin suka tinggal di tempat-tempat yang kotor dan bernajis, seperti bilik air, tandas, tempat pembuangn sampah, tempat-tempat runtuhan dan tinggalan orang, padang-padang pasir dan tanah perkuburan.
     
    Banyak hadis Nabi s.a.w yang melarang mendirikan sembahyang di bilik air kerana di sana mengandungi najis yang menjadi tempat tinggal syaitan, begitu juga larangan bersembahyang di tanah perkuburan bagi menutup pintu-pintu syirik dan juga disebabkan kubur adalah tempat tinggal syaitan. Lebih-lebih lagi tempat yangt banyak berlaku perkara shubhat dan kemaksiatan seperti di pasar-pasar, Nabi s.a.w pernah berpesan kepada seorang sahabat baginda dengan mafhum sabdanya :
     
    "Kalau boleh janganlah kamu termasuk daripada orang yang awal masuk ke pasar dan jangan jadi orang ayang terakhir keluar daripadanya  kerana pasar tempat perjuangan syaitan dan situlah ditegakkan benderanya".
     
    Kebanyakan yang tinggal di bilik air ialah jin kafir yang merasa seronok dengan bau yang busuk kerana memang jasad mereka busuk. Zaid bin Adham menjelaskan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda, mafhumnya  :
     
    Sesungguhnya bilik air ini ada mengandungi jin, apabila salah seorang kamu masuk tandas hendaklah ia berkata “Ya Allah aku berlindung kepadaMu daripada syaitan jantan dan syaitan betina.” 
     
    Selain itu, jin juga tinggal di kampung-kampung, di gunung-ganung, dari lembah-lembah sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang disebut oleh Abusy-Syeikh di dalam kitabnya "العظمكة" :
      
    “Telah berlaku pertengkaran di antara jin Islam dan jin musyrikin, maka mereka memohon kepadaku untuk menempatkan mereka, secara berasingan. Maka aku letakkan jihn Islam di kampung-kampung dan gunung ganang dan aku letakkan jin kafir di antara gunung dan laut.”
     
    Jin juga tinggal di rumah orang Islam sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Yazid bin Jabir, mafhumnya :
     
    "Tidak adalah satu rumah daripada kaum muslimin melainkan di atap rumah mereka ada golongan jin Islam. Apabila mereka meletakkan makannan di waktu siang , golongan jin turun dan makan tengah hari bersama mereka dan apabila manusia meletakkan makana malam mereka pun turun dan makan malam bersama mereka itu".
     
    Tetapi golongan jin tidak dapat masuk ke dalam rumah orang-orang Islam apabila mereka membaca ayat-ayat Al-Quran di dalamnya sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w, mafhumnya :
     
    "Apabila seorang lelaki masuk ke dalam rumahnya terus menyebut nama Allah dan begitu juga ketika makan, maka syaitan berkata, maka tidak ada tempat tinggal dan tidak ada tempat makan, dan apabila disebut nama Allah ketika masuk tetapi tidak ketika makan maka syaitan berkata kamu dapat makan tetapi tidak dapat tempat tinggal dan apabila tidak menyebut nama Allah ketika masuk dan ketika makan maka syaitan mengatakan kamu dapat tempat tinggal dan dapat makan".    
     
    Setiap rumah yang dibacakan surah Al Baqarah maka syaitan tidak akan masuk ke rumah itu selama tiga hari dari tarikh membacanya itu sebagaimana mafhum sabda Rasulullah s.a.w 
     
    "Jangan engkau jadikan rumahmu sebagai kubur sesungguhnya rumah yang dibacakan surah Al Baqarah tidak akan dimasuki oleh syaitan".
     
    Mafhum sabdanya lagi yang diriwayatkan oleh Sahl bin Saad :
     
    "Sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada kemuncaknya, sesungguhnya kemuncak Al Quran itu adalah surah Al Baqarah, sesungguhnya sesiapa yang membacanya dia rumahnya pada waktu malam, syaitan tidak akan masuk selama tiga malam, dan sekiranya dibaca pada waktu siang mereka tidak akan masuk selama tiga hari".   
     
    Maka untuk menghalang mereka masuk ke rumah kita selama-lamnya, hendaklah dibaca surah ini pagi dan malam.
    Begitu juga apabila kita hendak memasuki rumah baru hendaklah dimulai dengan membaca surah Al Baqarah bukan seperti sesetengah orang yang menggunakan amalan-amalan syirik dengan bertepung tawar, dan menabur beras kunyit yang tidak kena mengena dengan cara menghalau syaitan itu. Sewajarnyalah kita kembali kepada ajaran Islam berdasarkan nas-nas Al Quran dan hadis Nabi kita Muhammad s.a.w .
    Untuk mengelakkan jin melihat aurat kita di bilik air ialah dengan membaca bismillah sewaktu kita hendak memasukinya sebagaimana mafhum sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Saidina Ali bin Abi Talib k.w :
     
    Tirai diantara mata jin dan aurat umatku ialah apabila salah seorang antara kamu memasuki bilik air dia membaca bismillah.  Imam Malik r.a pernah meriwayatkan di dalam kitabnya Al Muwatta’ : 
     
    “Pernah diceritakan bahawa Saidina Umar Al Khatab r.a ingihn pergi ke Iraq, maka Ka’bul Ahbar menasihatinya, jagan engkau pergi wahai Amirul Mu’minin kerana di sana ada Sembilan persepuluh  sihir dan kejahatan dan di sana banyak golongan jin yang fasiq dan padanya ada penyakit-penyakit yang susah sembuh”
     
    Termasuk juga tempat-tempat yang disukai oleh syaitan ialah tempat diantara cahaya matahari dan tempat teduh. Maksudnya diantara dua kawasan itu, dan dalam hal ini Rasulullah s.a.w melarang kita duduk di tengah-tengah kawasan itu.