Program Sambutan Ma'al Hijrah Darussalam

Written by Web Admin. Posted in Laporan/Aktiviti

UNTUK PERHATIAN SEMUA AHLI DARUSSALAM

 

Darussalam akan mengadakan PROGRAM SEHARI AHLI DI DARUSSALAM bersempena Sambutan Ma'al Hijrah 1436H.

 

Butiran lanjut seperti berikut :

 

Tarikh : 8 November 2014 [ sabtu ]

Tempat : Bangunan Darussalam, Batu 5, Gombak

 

TENTATIF PROGRAM

 

1 ) BENGKEL PERAWAT PERUBATAN ISLAM DARUSSALAM. ( KHAS UNTUK AHLI SAHAJA )

08.30am : Pendaftaran dan sarapan pagi.

09.25am : Bengkel Perawat Darussalam.

11.15am : Game Ukhuwwah Perawat.

 

2. BUBUR ASYURA'. ( Umum dan Masyarakat setempat )

12.00pm : Kacau bubur Asyura

01.15pm : Solat zohor berjemaah

01.40pm : Makan tengah hari

Darussalam akan menyediakan LIMA KAWAH (5) oleh yang demikian ahli dan pelatih diminta membawa bala tentera masing-masing bagi membantu program. Ahli keluarga diutamakan semoga ia merapatkan lagi ukhuwwah dan kasih sayang kita kepada Persatuan.

 

3. KULIAH PENGUKUHAN DAN MAJLIS PENGIJAZAHAN. ( tertutup hanya kepada ahli sahaja )

07.00pm : Solat maghrib berjemaah.

07.30pm : Kuliah yang akan disampaikan oleh Tuan Guru kesayangan al-fadhil Ustaz Dato' Ismail Bin Kamus.

08.30pm : Solat isya berjemaah

09.00pm : Makan malam.

 

Sabda Rasulullah SAW bermaksud :

من دل على خير فله مثل اجر فاعله

"barangsiapa yang menunjukkan kepada kebaikan, maka baginya pahala orang yang melakukannya."

 

Semoga tuan-tuan dapat menyebarkan pengkhabaran ini, terutamanya kepada sahabat ahli Darussalam yang lain.