Profile Penasihat

Written by Web Admin. Posted in Profile

Dilahirkan pada 2 Dis 1948 di Kg. Batang Rening, Hulu Selangor. Dato’ Ismail Kamus mendapat pendidikan awal di Sek. Arab Batang Kali selama enam tahun sebelum ke Maahad Hisyamuddin, Kelang. Disana beliau sempat berguru dengan seorang ulama yang tersohor al-Syeikh Mahmood al-Arif al-Bukhari. Selepas menamatkan pengajian di sana, beliau melanjutkan pelajaran ke Kolej Islam Kelang dan Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) dan beliau memdapat Ijazah Sarjana Muda Syariah dengan kepujian pada tahun 1976.

 
Dato’ Ismail Kamus pernah menimba pengalaman sebagai guru, pegawai penyelidik dan pegawai dakwah selain bertugas selama 15 tahun di Jabatan Islam Wilayah Persekutuan(JAWI), INTAN dan Pusat Islam. Jawatan terakhir beliau ialah sebagai pakar rujuk Bahagian Hal Ehwal Islam(BAHEIS) Pusat Islam sebelum bersara secara pilihan.
 
Dato’ Ismail Kamus juga merupakan bekas ADUN Gombak Setia. Kini beliau berkhidmat sebagai perunding motivasi dan pendakwah bebas di samping menjadi ahli perniagaan dan pengamal perubatan islam Darussalam.Beliau merupakan pengasas dan penasihat Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia.

Khidmat Rawatan

Written by Web Admin. Posted in Profile

 

Kaedah Pengubatan Islam merupakan satu cabang usaha pesakit dalam mencari kesembuhan penyakit yang sedang dialami. Walaubagaimanapun, ia bukanlah bertujuan untuk mengambil alih peranan rawatan moden. Malah ia juga bukanlah untuk rawatan penyakit yang berpunca dari Makhluk Halus semata– semata. Pengubatan Islam adalah suatu kaedah yang berasaskan wahyu Ilahi yang diturunkan melalui al-Quran dan as- Sunnah. Ia juga bertemakan amalan as- Salafussoleh, Ahluz- Zikr dan pengalaman ahli pengubatan Islam yang muktabar.

Pengubatan Islam sekali-sekali tidak boleh dicampur-adukkan diantara yang halal dan haram. Ia juga menolak secara keseluruhan kaedah yang berunsur syirik. Tambahan pula ianya merupakan satu ibadah bagi setiap Mu’min yang mencari keredhaan Allah s.w.t. Setiap Mu’min disuruh untuk berusaha mencari penawar bagi setiap penyakit yang dihidapi. Penyakit juga suatu penghapus dosa dan mati di dalamnya membawa hati yang sejahtera di sisi Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t :

وَنُنَـزِّلَ مِنَ الْقُرْءَانِ مَا هُوَ شِفآءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِيْنَ  وَلاَ يَزِيْدُ الظَّالِمِينَ إِلاَّ خَسَاراً.

“ Dan Kami turunkan daripada al-Quran sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang –orang yang zalim selain kerugian.”

                                                                                                            ( Surah al-Isra’ : 82 )

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

مَا أَنْزَلَ اللهُ دَاءً إِلاَّ أَنْزَلَ لَهُ شِفَاءً – رواه البخاري –

 Mafhumnya : Rasulullah s.a.w bersabda: “ Tidaklah Allah menurunkan penyakit kecuali berserta dengan ubatnya.”

( Hadis diriwayatkan oleh Imam Bukhari )

Kami Darussalam hanya berikhtiar untuk membantu, ada usaha kami dan doa-doa kami yang dimakbulkan da nada juga yang Allah s.w.t tangguhkan. Yang paling penting kita semua berikhtiar bersungguh – sungguh dengan ikhlas kerana Allah s.w.t

 

Etika Perawat

Written by Web Admin. Posted in Profile

A. ETIKA SEBELUM MERAWAT

  1. Perawat mestilah berpakaian sopan.

  2. Perawat tidak dibenarkan memakai T.Shirt / Baju Lengan Pendek semasa rawatan.

  3. Perawat tidak dibenarkan memakai seluar Jeans atau jenis ketat semasa rawatan.

  4. Perawat lelaki hendaklah memakai kopiah semasa rawatan.

  5. Perawat perempuan mestilah bercirikan pakaian seorang muslimah, tidak terlalu berhias dan tidak menampakkan aurat.

  6. Perawat diingatkan agar tidak memakan sesuatu yang membawa bau yang tidak menyenangkan kepada pesakit.

  7. Perawat mestilah bercakap secara sopan dengan pelanggan.

  8. Perawat tidak dibenarkan berseloroh dikhalayak ramai.

B. ETIKA SEMASA RAWATAN

 

  1. Perawat mestilah memakai nametag semasa rawatan.
  2. Perawat hendaklah mengetahui perkembangan terbaru pelanggan supaya doa yang dibaca sesuai dengan pesakit.
  3. Perawat hendaklah menghormati sahabat-sahabat perawat lain.
  4. Bacaan semasa rawatan hendaklah sederhana sekiranya ada perawat lain agar menggangu bacaan mereka.
  5. Perawat hendaklah berlemah lembut dengan pelanggan.
  6. Jangan sekali-kali menekan pesakit yang meraung sakit sekiranya mereka sedar atau separuh sedar.
  7. Jangan sesekali mengeluarkan perkataan kesat semasa berdailog dengan jin kerana sesetengah pesakit sedar dan mendergar percakapan perawat.
  8. Jangan merendahkan perawat lain di hadapan pelanggan.JANGAN SENTUH atau PEGANG BAHAGIAN SULIT PESAKIT atau YANG BERDEKATAN DAN SEUMPAMANYA walaupun Jin mendakwa duduk disitu.
  9. Perawat tidak dibenarkan merawat pesakit berlainan jantina dalam satu bilk kecuali ditemani mahramnya atau ada perawat lain

Sejarah Penubuhan

Written by Web Admin. Posted in Profile

 

1. PENGENALAN

Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia atau DARUSSALAM wujud hasil  kesepakatan dan kerjasama yang erat diantara Urusan Ulamak PAS Kawasan Gombak  dengan Pejabat ADUN Gombak Setia iaitu Ybhg.Ustaz Dato’ Ismail Bin Kamus pada  awal tahun 2003 yang lalu. Menyedari betapa pentingnya kesinambungan ilmu  perubatan  Islam yang telah beliau amalkan selama ini, maka telah dihimpunkan  semua golongan ilmu agama dan individu yang berminat untuk menyertai kursus  perubatan yang pertama kali diadakan oleh beliau.

 
 
2. KURSUS PERUBATAN DARUSSALAM KALI PERTAMA

Kursus DARUSSALAM yang pertama telah diadakan pada 28-29 Januari 2003 yang telah  dihadiri seramai hampir 35 orang peserta bertempat di Dewan Besar Pejabat Adun  Gombak Setia di Taman Sri Gombak,Selangor. Kuliah kursus disampaikan sepenuhnya  oleh Ybhg.Ustaz Dato Ismail Bin Kamus. Hasil daripada kursus yang pertama ini  maka lahirlah generasi pertama perawat DARUSSALAM. Pada peringkat awal ini,  hanya seramai 13 orang perawat yang berjaya menerima Ijazah Perubatan  DARUSSALAM. Mereka inilah yang kemudiannya menjadi perintis kepada penubuhan  resmi DARUSSALAM.

 
 
3. MAJLIS KONVOKESYEN DARUSSALAM KALI PERTAMA

Setelah menjalani latihan praktikal perubatan bersama Ybhg.Ustaz Dato Ismail Bin  Kamus bertempat di Pejabat ADUN dan MTD Gombak Setia, maka kesemua 13 perawat  generasi pertama ini telah menerima Ijazah Perubatan DARUSSALAM pada 17 Julai  2003 yang telah dilangsungkan di Pejabat MTD Gombak Setia, Taman Gombak. Kesemua  13 perawat inilah yang seterusnya menjadi ahli jawatankuasa penaja yang telah  dipengerusikan oleh Ust. Mohd Rozalie Bin Zahari dalam usaha mengembangkan  aktiviti dan keahlian DARUSSALAM seterusnya.

 
 
4. KURSUS DAN KONVOKESYEN DARUSSALAM KALI KEDUA

Setelah hampir dua tahun generasi pertama lahir maka piahak ahli jawatankuasa  penaja yang ada telah bersepakat untuk menganjurkan kursus DARUSSALAM kali kedua  pada tarikh 27-28 Februari 2005 bertempat di kelab Century Paradise Taman  Melawati. Kursus asas selama dua hari ini telah dihadiri seramai 83 orang  peserta dari seluruh Malaysia.Majlis Konvokesyen DARUSSALAM kali kedua telah  diadakan pada Julai 2005 bertempat di Dewan fadzil Mohd Noor Taman Melewar.  Seramai 63 peserta yang berjaya memperolehi ijazah DARUSSALAM.

 
 
5.PENDAFTARAN DAN MESYUARAT AGUNG PERTAMA DARUSSALAM (PENAJA)

Hasil daripada gabungan kesemua ahli DARUSSALAM daripada generasi pertama dan  kedua, maka akhirnya  DARUSSALAM secara resminya telah berdaftar dengan Pejabat  Pendaftar Pertubuhan (ROS) dengan nama penuhnya “ PERSATUAN PERUBATAN ISLAM  DARUSSALAM MALAYSIA”. Persatuan didaftarakan atas nama badan bukan kerajaan  (NGO). Setelah berdaftar secara resmi, pihak ahli jawatankuasa penaja telah  mengadakan Mesyuarat Agung DARUSSALAM kali pertama (Penaja) pada 4 Februari 2006  bertempat di Dewan fadzil Mohd Noor Taman Melewar dan telah dirasmikan pleh  Ybhg.Ustaz Dato’ Ismail Bin Kamus iaitu Penasihat resmi kepada persatuan.  Perhimpunan ini mencatat sejarah dengan kehadiran 49 peserta yang berdaftar yang  seterusnya telah memilih sebuah jawatankuasa yang baru iaitu seramai 10 orang untuk menjadi tenaga penggerak  persatuan.