IBADAH YANG MENGHILANGKAN BENCANA : AZAN

Written by Web Admin. Posted in Nasihat & Bimbingan

Dalam sebuah hadis ada disebutkan bahawa Anas bin Malik r.a berkata ;

Rasulullah s.a.w bersabda :

“ Doa yang dibaca antara azan dan iqamat tidak ditolak.”

                                                                                             ( Hadis riwayat at-Tirmidzi )

Dalam hadis lain disebutkan, dari Umamah r.a bahawa nabi Muhammad s.a.w bersabda :

“ Jika seorang penyeru ( muazin ) berseru, maka pintu-pintu langit dibuka dan doa-doa dimakbulkan. Barang siapa yang  ditimpa bencana atau kesulitan, hendaklah dia menjawab azan seorang penyeru ( muazin ) itu, jika penyeru mebaca takbir hendaklah dia bertakbir, jika muazin membaca tasyahhud, maka hendaklah dia membaca tasyahhud .”

                                                                        ( Hadis riwayat al-Hakim )

Antara waktu yang digalakkan berdoa adalah antara azan dan iqamat kerana merupakan waktu yang mustajab . Rugilah mereka yang sekadar tahu tetapi tidak mengamalkannya.

IBADAH YANG MENGHILANGKAN BENCANA : QIAMULLAIL

Written by Web Admin. Posted in Nasihat & Bimbingan

Dalam sebuah hadis disebutkan, Jabir berkata, “ Saya mendengar Nabi s.a.w bersabda ;

“ Sesungguhnya di  malam hari ada saat yang apabila seorang Muslim berdoa kepada Allah tepat pada masanya, doanya akan dikabulkan, hal itu terjadi di setiap malam.”

( Hadis riwayat Muslim dan Ahmad )

 

Dari Bilal r.a bahawasanya Nabi s.a.w bersabda ;

“ Hendaklah kalian bangun malam, kerana itu adalah jejak orang soleh sebelum kamu, pendekatan terhadap Allah, penghapus dosa, penebus kesalahan, penangkal penyakit dari badan.”

                                                                                                                ( Hadis riwayat at-Tirmidzi )

Dari Amru bin Abasah r.a bahawasanya Nabi s.a.w bersabda ;

“ Tuhan paling dekat dengan hamba-Nya pada waktu pertengahan malam terakhir . Jika kamu punya kesempatan untuk berzikir kepada Allah pada waktu itu, maka lakukanlah.”

                                                                                                                ( Hadis riwayat at-Tirmidzi )

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a berkata, “ Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda ;

“ Allah s.w.t akan turun ke langit dunia setiap malam ketika sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman, “Barangsiapa berdoa kepadaKu, Aku menerima permintanya, dan barang siapa yang meminta ampun dari Ku, maka aku akan mengampuninya. “

                                                                                                ( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim )

Amalan qiamullail adalah satu amalan yang sangat dituntut dalam Islam selain kewajipan mengerjakan solat Fardhu lima waktu. Antara amalan yang boleh dilakukan pada pertengahan malam adalah mengerjakan solat-solat sunat, berzikir  dan beristighfar kepada Allah dan sebagainya.

 

iBADAH YANG MENGHILANGKAN BENCANA : SOLAT

Written by Web Admin. Posted in Nasihat & Bimbingan

Bahagian kedua : Ibadah Badaniyah

1.     SOLAT

 

Allah SWT berfirman ;

وَاسْتَعِينُواْ بِالصَّبْرِ وَالصَّلاَةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلاَّ عَلَى الْخَاشِعِينَ

Maksudnya :“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyu’.

                                                                                                               (al-Baqarah [20] : 45)

Firman Allah SWT lagi :

وَأَقِمِ الصَّلاةَ طَرَفَيِ النَّهَارِ وَزُلَفًا مِنَ اللَّيْلِ إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئَاتِ ذَلِكَ ذِكْرَى لِلذَّاكِرِينَ

Maksudnya : “Dan dirikanlah shalat pada kedua ujung siang (pagi dan petang) dan pada bagian permulaan malam. Perbuatan-perbuatan baik itu menghapus kesalahan-kesalahan. Itu peringatan bagi orang-orang yang selalu mengingat (Allah). “

                                                                                                                                                ( Hud [11]: 114)

 

Dalam sebuah hadis disebutkan bahawa Nabi SAW jika mendapat sesuatu masalah, maka baginda segera mengerjakan solat.

Dari Abu Darda’ yang berkata ;

“ Jika datang malam berangin maka baginda ( Rasulullah SAW) pergi ke masjid hingga tenang. Jika di langit terjadi sesuatu seperti gerhana matahari atau bulan, maka baginda mengerjakan solat”.

                                                        ( Hadis riwayat Ibnu Abi Dunya dan Ibnu ‘Asakir )

 

Begitulah yang baginda lakukan tatkala terjadi gerhana matahari sehingga gerhana itu hilang.

 

Dari ‘Aisyah r.a isteri Nabi SAW yang berkata;

“ Rasulullah SAW jika datang hari berangin dan berawan, yang diketahui dari wajahnya, beliau mundar mandir ; jika turun hujan, wajahnya berseri dan hilanglah kemuramannya itu. ‘Aisyah bertanya, “ Mengapa?” Baginda menjawab, “ Sesungguhnya aku takut hal itu adalah azab yang akan ditimpakan kepada umatku. “ dan berkata bahawa jika baginda melihat hujan bererti adalah rahmat.”

                                                                                                ( Hadis riwayat Ahmad )

Justeru, dapat kita lihat betapa Rasulullah SAW sangat mengutamakan solat dalam kehidupan seharian baginda, solat itu sendiri di istilahkan sebagai satu doa , permintaan dari hamba kepada Rabb-Nya , sangat berperanan kepentingan solat dalam usaha mengelakkan diri kita dari terkena musibah dan bala.

IBADAH YANG MENGHILANGKAN BENCANA : MENCUKUPI KEPERLUAN MANUSIA & SEDEKAH

Written by Web Admin. Posted in Nasihat & Bimbingan

MENCUKUPI KEPERLUAN MANUSIA

Dalam sebuah hadis ada menyebutkan ;

Maksudnya ; Dari Ibnu Umar berkata, Rasulullah s.a.w bersabda, “ Barang siapa yang ingin doanya dimakbulkan dan kesudahannya dihilangkan, maka hendaklah dia menolong orang yang sedang dalam kesulitan.”  ( Ditakhrij oleh Ahmad dan al-Musnad )

 

Dari Ummu Salamah berkata, Rasulullah s.a.w bersabda ;

“ Perbuatan yang baik dapat menjaga dari sebarang  kebaikan.” ( Hadis riwayat at-Tabrani, al-Haitsami Syeikh Nashiruddin al-Albani dalam Sohih al-Jami’ )

 

Dari Anas bin Malik r.a berkata, “Rasulullah s.a.w bersabda ;

“ Sesungguhnya sedeqah itu dapat memadamkan kemurkaan Allah dan mencegah dirinya dari kematian yang tercela.”  ( Hadis riwayat at-Tirmidzi )

 

SEDEKAH

An-Nuwairi berkata, “ Tidak ada amal kebaikan yang lebih dekat buktinya dan lebih tampak kejayaannya pada ketika ini daripada sedeqah dan sedeqah itu mempunyai lima (5) berkah ;

 

Pertama : Bertambah dan ditambah hingga hari Kiamat, Allah s.w.t berfirman  ;

يَمْحَقُ اللَّهُ الرِّبَا وَيُرْبِي الصَّدَقَاتِ وَاللَّهُ لا يُحِبُّ كُلَّ كَفَّارٍ أَثِيمٍ

Maksudnya :  “Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran, dan selalu berbuat dosa.” (al- Baqarah [2]: 276  

 

Kedua : Membersihkan diri dari sakit dan derita. Rasulullah s.a.w bersabda ;

“ Ubatilah sakit kamu dengan sedekah .”

 

Ketiga   :  Menjaga harta, Rasulullah s.aw bersabda ;

“ Jagalah harta kamu dengan zakat .”

 

Keempat: Mendapat ganti di dunia sepuluh kali ganda dan di  akhirat tujuh ratus kali ganda.

 

Kelima   :  Menutup tujuh puluh pintu keburukan, berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w ;

“ Sesungguhnya Allah benar-benar akan mencegah seseorang hamba mati dalam keadaan tercela dengan sedeqah yang di sedeqahkannya .”

 

Sedeqah itu bermacam-macam dan banyak, di antaranya , dinukilkan oleh Abu Dzar dari Nabi s.a.w yang bersabda ;

“ Seorang anak Adam yang membacakan salam kepadaku setiap hari adalah sedeqah.”  Kemudian berkata, “ Kamu menghilangkan duri dari jalan adalah sedeqah, kamu membaca salam kepada manusia adalah sedeqah, kamu menyuruh kepada kebaikan adalah sedeqah, kamu melarang dari kemungkaran adalah sedeqah, dan kamu menggauli isterimu adalah sedeqah.”

 

Abu Dzar berkata, “ Wahai Rasulullah , apakah orang yang melampiaskan syahwatnya boleh menjadi sedeqah baginya?”  Baginda menjawab, “ Ya, tahukah kamu seandainya syahwatnya itu dilampiaskan kepada apa yang diharamkan Allah, bukankah dia berdosa?” Kami menjawab, “Ya.” Baginda melanjutkan, “Begitu juga jika syahwatnya itu dilampiaskan kepada sesuatu yang dihalalkan Allah, maka itu menjadi sedeqah.” Abu Dzar berkata, “Lalu baginda menyebutkan banyak hal tentang sedeqah dan sedeqah, kemudian baginda bersabda, “ Semua itu akan mencukupi dengan dua rakaat Dhuha.”  ( Hadis riwayat Ahmad )        

 

Agama Islam sangat menggalakkan umatnya untuk meringankan beban saudara sesama Islam atau bukan Islam atas dasar keimanan dan kemanusiaan. Tambahan pula, Allah telah menjanjikan ganjaran yang besar kepada hambaNya yang meringankan beban orang lain dan bersedeqah, seharusnya amalan ini sebati dalam kehidupan seharian kita.  

iBADAH YANG MENGHILANGKAN BENCANA : TAWASSUL

Written by Web Admin. Posted in Nasihat & Bimbingan

BERTAWASSUL DENGAN CARA YANG DISYARIATKAN

Abdullah bin Umar r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda ;

“ Ketika tiga orang lelaki sedang berjalan-jalan, tiba-tiba turun hujan. Lalu mereka berteduh di dalam gua sebuah gunung. Secara tiba-tiba, pintu gua itu tertutup dengan sebuah batu besar menyebabkan mereka terkurung, lalu sebahagian berkata kepada sebahagian yang lain, ‘ Ingatlah semua amal baik yang pernah kamu lakukan kerana Allah SWT Setelah itu berdoalah kepada Allah SWT dengan amalan masing-masing, semoga Allah SWT menolong kesulitan ini.”

 

Lelaki pertamaberkata, “ Ya Allah, suatu ketika dahulu aku mempunyai dua orang ibu bapa yang sudah tua melarat. Mereka tinggal bersama keluargaku yang terdiri dari seorang isteri dan beberapa orang anak yang masih kecil. Aku pelihara mereka serta mengabdi diri untuk mereka. Jika aku mempunyai waktu lapang, aku terus memerah susu untuk mereka. Aku utamakan kedua-dua orang  tuaku untuk meminumnya terlebih dahulu daripada anak-anakku. Suatu hari, kerana kesibukan bekerja hingga petang, baru aku dapat pulang. Aku dapati kedua orang tuaku sudah tidur.

 

Seperti biasa aku terus memerah susu dan aku letakkan susu tersebut di dalam sebuah bekas. Aku berdiri di hujung kepala kedua orang  tuaku, namun aku tidak sanggup mengejutkan kedua dari tidur yang nyenyak. Aku juga tidak sanggup memberi anak-anakku minum terlebih dahulu sebelum kedua orang tuaku meminumnya, sekalipun mereka meminta-minta di hadapanku kerana lapar dan dahaga. Aku terus setia menunggu mereka dan mereka tetap pula tidur hingga pagi. Jika Engkau tahu apa yang aku lakukan itu adalah semata-mata mengharap keredhaanMu, maka tolonglah aku daripada kesulitan ini. Gerakkanlah batu besar ini, sehingga kami dapat melihat langit.” Kerana pengabdian (bakti ) tersebut, Allah SWT berkenan menolong mereka dengan menggerakkan sedikit batu besar tersebut, sehingga mereka dapat melihat langit.

 

Lelaki kedua pula berkata, “ Ya Allah, suatu ketika dahulu, aku mempunyai seorang sepupu perempuan . Aku mengasihinya sebagaimana cinta seorang lelaki terhadap seorang perempuan yang cukup mendalam. Aku minta supaya dia melayani keinginan nafsuku. Namun begitu, dia tidak sudi untuk berbuat demikian kecuali setelah aku mampu memberikannya wang sebanyak seratus dinar. Untuk tujuan tersebut, dengan susah payah akhirnya aku mampu mengumpulkan wang sebanyak itu . Setelah itu, aku membawa wang tersebut kepadanya.

 

Baru sahaja aku ingin menyetubuhinya, dia berkata, ‘ Wahai hamba Allah! Janganlah engkau meragut kesucianku kecuali dengan pernikahan terlebih dahulu. Mendengar kata-kata tersebut aku terus bangkit daripadanya serta membatalkan niat jahat ku. Seandainya Engkau tahu bahawa apa yang aku lakukan itu adalah semata-mata untuk mencari keredhaanMu, tolonglah kami dari kesulitan ini. Gerakkanlah batu besar ini.” Allah s.w.t berkenan mereka di mana batu besar itu terbuka sedikit lagi.

 

Lelaki ketiga pula berkata, “ Ya Allah, suatu ketika dahulu, aku pernah mengupah seorang pekerja untuk membanting padi. Setelah selesai melakukan pekerjaan, dia berkata, ‘ Berikan upahku’. Namun aku enggan membayar upahnya. Dia terus menugal padi dan meminta upahnya beberapa kali. Aku masih seperti biasa, enggan membayar upahnya dan terus memperkerjakannya untuk menugal padi sehingga aku dapat mengumpul beberapa ekor lembu dan beberapa ekor anaknya. Suatu hari lelaki tadi dating kepadaku dan berkata, ‘Takutlah kamu kepada Allah, kamu jangan menzalimi aku dengan kewajipanku.’

 

Kemudian , aku berkata kepadanya, ‘Ambillah lembu itu serta anak-anaknya.’ Dia berkata, ‘Takutlah kepada Allah , jangalh mempermainkan aku.’ Aku berkata, ‘Aku tidak mempermainkan kamu, tetapi ambillah lembu itu serta anak-anaknya.’ Sehingga akhirnya dia mengambil lembu tersebut. Seandainya Engkau tahu bahawa apa yang aku lakukan adalah semata-mata untuk mencari keredhaanMu, tolonglah kami dari kesulitan yang tinggal hanya sedikit lagi.” Akhirnya Allah pun menolong mereka dan mengggerakkan batu besar yang menutupi gua tempat di mana mereka berteduh.”

( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim )