Adakah Jin Boleh Ditundukkan?

Written by Web Admin. Posted in Jin & Kehidupan

Perhubungan di antara jin dan manusia memang wujud dan ditegaskan di dalam al-Quran, Sunnah dan Ijma’ ulama. Tetapi perhubungan ini adalah secara khusus dan terbatas menurut undang-undang dan peraturan yang telah ditentukan oleh Allah SWT.
 
Jin ada kalanya masuk ke dalam badan manusia dengan cara yang hanya Allah SWT sahaja mengetahuinya. Ada di kalangan menusia yang sakit lumpuh, gila, lupa diri, was-was, sesat, dan bermacam-macam lagi akibat tindakan mereka.
 
Golongan jin yang melakukan perbuatan ini adalah yang kafir atau fasiq. Tetapi jin yang beriman tidak melakukan perbuatan seumpama ini, mereka adalah golongan yang baik sebagaimana manusia yang beriman juga.
 
Dan dengan kurniaan Allah SWT., umat manusia diajar cara-cara bagaimana untuk mempertahankan diri daripada golongan jin ini akan diterangkan kemudian cara-cara mendinding diri daripada gangguan mereka.
 
Sebagaimana Allah telah member kemudahan kepada Nabi Sulaiman a.s. begitu juga Nabi Muhamad SAW juga diberi kemudahan dalam beberapa perkara.
 
1. Hadis yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Abdullah bin Mas’ud r.a. sesungguhnya baginda Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“setiap kamu akan diwakilkan satu qarin (sahabat) daripada bangsa jin. Mereka (sahabat) bertanya apakah engkau pun ada ya Rasulullah, sabda baginda ya, aku pun ada, tetapi Allah membantu aku mengatasinya sehingga aku selamat (atau dia telah Islam) maka tidak menyuruh aku melainkan yang baik semata-mata. 
 
2. Abu-Darda’ r.a meriwayatkan bahawa pada suatu ketika baginda Rasulullah SAW berdiri di kalangan kami, baginda menyebut “aku berlindung kepada Allah daripada Kamu” kemudian sambungnya : aku laknat kamu dengan laknat Allah, tiga kali kemudian dibuka tangannya seolah-olah mengambil sesuatu setelah sembahyang, kami bertanya “Ya Rasulullah kami mendengar engkau berkata di dalam sembahyang tadi sesuatu yang tidak pernah kami dengar sebelum ini dan engkau buka pula tanganmu.” Jawab baginda, “sesungguhnya musuh Allah iaitu Iblis datang membawa bara api untuk membakar mukaku, maka aku berkata, aku laknat mereka yang yang hendak menggangguku, demi Allah kalau aku tidak teringat doa saudara kita Sulaiman aku akan ikat mereka supaya anak-anak penduduk Madinah boleh bermain dengan mereka.”
 
Al-Qadhi Iyadh berkata maksudnya Nabi Muhammad SAW teringat firman Allah SWT mengenai doa Nabi Sulaiman, “Jangan ada selepas aku sama kekuasaan yang ada padanya,” bermakna Nabi Muhammad boleh juga menagkap jin itu dan menguasainyatetapi sebagai menghormati dan merendahkan dirinya maka tidak ditangkapnya jin itu.
 
Begitu juga Abu Hurairah r.a. meriwayatkan katanya, "sesungguhnya baginda Rasul bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya jin Ifrit telah mengacau aku semalam supaya memutuskan solatku, dan sesungguhnya Allah mebolehkan aku menguasainya. Maka sesungguhnya aku bercita-cita untuk mengikatnya ke kota masjid. Sehinggakan orang ramai boleh melihatnya, kemudiaan aku teringat kata-kata abangku Sulaiman, “ Ya Allah ya tuhanku ampunlah dosaku, berikanlah kepadaku kekuasaan tidak dapat pada orang lain selain aku.” Maka Allah menolak jin itu dengan penuh kehinaan.
 
Kesimpulannya Nabi Muhammad SAW juga diberi kemudahan oleh Allah untuk memerintah jin dan syaitan itu. Ibnul-Jauzi berkata jin dimudahkan untuk Nabi Sulaiman tetapi Nabi Muhammad banyak dibantu oleh para malaikat.
 

Tahdhirul – Arwah (Spiritism) Dan Kesannya

Written by Web Admin. Posted in Jin & Kehidupan

Hakikat tahdhirul-arwah dan kaitannya dengan jin Tahdhirul Arwah atau disebut di dalam bahasa Melayu, ‘memanggil ruh’, bukanlah perkara baru tetapi telah wujud sejak zaman dahulu kala lagi di kalangan bangsa Cina, India, Mesir kuno, Yunan, Roman, termasuk juga orang-orang Islam. Akhirnya dari semasa ke semasa sudah menjadi suatu ilmu yang dianuti orang-orang Barat.

 

Mohd Farid Wajdi di dalam bukunya mengatakan bahawa perkara ini memang telah lama wujud sehingga berjuta-juta manusia mengakui tentang ‘kebenaran’ mazhab Ruhani ini.
 
Di ‘Barat’ teori ini sudah diterima oleh mereka sehingga lebih daripada 150 akhbar dan majalah yang tersebar menjelaskannya. Mereka percaya dengan sepenuhnya konsep kembalinya roh orang yang sudah mati ke dalam jasad seseorang yang hidup.
 
Soalan yang timbul sekarang ialah :
Apakah benar roh yang telah meninggalkan jasad ini dapat kembali semula ke dunia ini dan menjalankan aktivitinya sebagaimana dahulu sepertimana yang diyakini oleh mereka?
 
Al-Quran dan Sunnah telah pun menjelaskan bahawa apabila manusia telah mati maka putuslah segala amalannya dan tidak akan kembali lagi ke dunia ini dalam keadaan mana sekalipun. Roh orang yang telah mati akan diangkat ke langit sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah SWT di dalam al-Quran.
 
Maka dari mana pula roh boleh kembali ke dunia ini sekali lagi dan apakah hujahnya?
Asy-Sheikh Al-Ghazali berkata : “Seseorang manusia diberi peluang untuk beramal dan berbakti, bertaqwa di dunia ini, berjaya atau sebaliknya bergantung kepada amalannya. Setelah terputus nyawanya maka tidak ada apa-apa tanggungjawab lagi setelah mati maka balasan dan seksaan akan bermula,” sebagaimana firman Allah SWT :
 
 
"dan mereka menjerit-jerit di Dalam neraka itu (sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, keluarkanlah Kami (dari azab ini); Kami akan mengerjakan amal-amal Yang soleh, Yang lain dari apa Yang Kami pernah kerjakan. (lalu Allah menempelak mereka): "Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu dan memberikan masa Yang cukup untuk berfikir dan beringat padanya oleh sesiapa Yang suka berfikir dan beringat? dan kamu pula telah didatangi oleh Rasul (Kami) Yang memberi amaran oleh itu, rasalah (azab seksa), kerana orang-orang Yang zalim tidak akan beroleh sesiapapun Yang dapat memberikan pertolongan".[Fatir : 37]
 
Begitu juga penjelasan yang disebut dalam al-Quran bahawa orang yang menyesali maksiat sewaktu akan mati tatkala melalui kepedihan Sakaratul maut, terfikir untuk kembali ke dunia apabila teringat amalan-amalan yang lalu yang telah ditinggalkan dan masa yang terbuang begitu sahaja dengan katanya :
 
 "رَبِّ ٱرۡجِعُونِ (٩٩) لَعَلِّىٓ أَعۡمَلُ صَـٰلِحً۬ا فِيمَا تَرَكۡتُ‌ۚ كَلَّآ‌ۚ إِنَّهَا كَلِمَةٌ هُوَ قَآٮِٕلُهَا‌ۖ وَمِن وَرَآٮِٕهِم بَرۡزَخٌ إِلَىٰ يَوۡمِ يُبۡعَثُونَ"  
 
"Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia) Supaya Aku mengerjakan amal-amal Yang soleh Dalam perkara-perkara Yang telah Aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata Yang ia sahaja Yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat)." [A-mukminum : 99-100]
 
Di saat itu sudah terputus amalan, dan tidak ada lagi sebarang aktiviti, peluang bertaubat sudah tertutup bagi menampung segala kekurangan yang berlaku.
 
Beramal dan bertaubat bukan menanti hari esok tetapi hari ini, untuk mencari kebahagian hari akhirat adalah dengan beramal sebelum nyawa sampai  di halkum.
 
Apabila sudah sampai detik untuk berpindah ke alam baqa, maka malaikat Kiraaman Katibin menggulung segala daftar amalan kita dan sedikit pun tidak memandang atau mempedulikan taubat orang yang sedang nazak (hampir mati).
 
Semua roh setelah meninggal dunia akan berada di alam barzakh untuik menerima balasan yang telah ditentukan berdasarkan kepada amalan semasa ia hidup di dunia ini. Sama ada ia menerima pembalasan yang penuh nikmat atau azab sengsara yang pastinya tidak ada peluang lagi baginya untuk kembali ke alam fana ini. Mereka tidak boleh lagi menjalankan segala aktiviti baik menjadi tukang ubat, mangajar, memberi nasihat dan sebagainya.
 
Maka soalannya, apakah sebenarnya yang berlaku pada orang yang bercakap itu?
 
Yang datang menjelma di dalam diri seseorang itu ialah syaitan yang menguasai otak manusia dan berusaha menyesatkan manusia kerana itulah tugas utama mereka.
 
Umar Al-Asyqar berkata: "Pada zaman ini sudah tersebar di merata tempat mengenai perkara ini sehingga dipercayai oleh ramai orang. Sambungnya lagi apakah pendirian Islam dalam hal ini? Setelah kita mengkaji al-Quran, jelaslah bahawa roh yang berada di alam ghaib mustahil untuk kembali ke dunia ini".
 
Roh yang telah diambil dan diserahkan kepada malaikat yang bertanggungjawab tidak akan terlepas lari dan turun semula ke bumi untuk dipermainkan oleh akal cetek manusia.
 
Ada pula di kalangan mereka yang menyangka bahawa roh yang datang itu adalah roh orang yang soleh, sama ada nabi, orang-orang yang mati syahid, wali-wali Allah dan sebagainya.
 
Kalau kita renungkan bahawa para Rasul, Nabi-nabi, para syuhada, Wali Allah, hamba-hamba Allah yang solah sudah berada di alam barzakh, dan di syurga menerima kebahagian nikmat yang telah disediakan oleh Allah, bagaimana pula mereka akan meninggalkan syurga dan turun ke bumi dan masuk pula ke dalam jasad orang fasiq.
 
Baginda Rasulullah SAW telah menegaskan bahawa roh-roh orang yang mati syahid berada di muncung burung hujau yang berterbangan di kebun-kebun syurga, menikmati kesegaran, memakan buah-buahan, meminum air di syurga dan kemudian tinggal di lampu yang bergantung di atap ‘arasy Ar-Rahman. Bagaimana pula golongan ini boleh memanggil roh-roh ini turun semula ke bumi?
 
Kesimpulannya dapatlah dikatakan bahawa yang dipanggil itu bukanlah roh tetapi jin atau syaitan yang menyamar sebagai wali, nabi, orang alim dan sebagainya. Tugas mereka adalah untuk menyesatkan bani Adam a.s.

Utusan Allah Kepada Jin

Written by Web Admin. Posted in Jin & Kehidupan

Sebagaimana kita sedia maklum bangsa jin adalah dipertanggungjawabkan dengan hukum (mukallaf) dan mereka wajib mentaatinya. Tidak dapat tidak, mestilah ada seorang Rasul diutuskan untuk menyampaikan dakwah kepada mereka. Persoalannya ialah sama ada Rasul itu daripda bangsa mereka sendiri iaitu jin atau daripada bangsa manusia.

Para ulama berpendapat wujud dua golongan iaitu :
i. Rasul – untuk mereka adalah dari bangsa mereka sendiri. Pendapat ini disokong oleh At-Tabari sebagaimana yang diriwayatkan daripada Ad-Dhahhak bin Mazahim katanya : “Sesungguhnya Rasul-Rasul kaum jin adalah daripada keluarga mereka sendiri".
 
Ibn Hazm Az-Zahiri juga berpendapat sebagaimana At-Tabari berdasarkan hadis Nabi SAW  yang bermaksud : “Adalah nabi itu diutuskan kepada kaumnya sendiri".
 
Disebabkan jin bukanlah daripada bangsa manusia, maka kesimpulannya diutuskan nabi atau rasul di kalangan mereka.
 
ii. Kebanyakan ulama berpendapat bahawa rasul di kalangan jin itu terdiri daripada manusia dan tidak ada rasul daripada golongan mereka. Mereka mendengar dakwah daripada para rasul dari bangsa manusia kemudian mereka kembali ke tempat masing-masing dan menyampaikan pula kepada kaum mereka sendiri.
 
Fiman Allah SWT di dalam Surah Al-Ahqaf  : 
 
 وَإِذْ صَرَفْنَا إِلَيْكَ نَفَرًا مِنَ الْجِنِّ يَسْتَمِعُونَ الْقُرْآَنَ فَلَمَّا حَضَرُوهُ قَالُوا أَنْصِتُوا فَلَمَّا قُضِيَ وَلَّوْا إِلَى قَوْمِهِمْ مُنْذِرِينَ * قَالُوا يَا قَوْمَنَا إِنَّا سَمِعْنَا كِتَابًا أُنْزِلَ مِنْ بَعْدِ مُوسَى مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ يَهْدِي إِلَى الْحَقِّ وَإِلَى طَرِيقٍ مُسْتَقِيمٍ
 
29. dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami menghalakan satu rombongan jin datang kepadamu (Wahai Muhammad) untuk mendengar Al-Quran; setelah mereka menghadiri bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada Yang lain): "Diamlah kamu Dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya!" kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya (menyiarkan ajaran Al-Quran itu dengan) memberi peringatan dan amaran.
 
30. mereka berkata: "Wahai kaum kami! Sesungguhnya Kami telah mendengar Kitab (Al-Quran) yang diturunkan (oleh Allah) sesudah Nabi Musa, Yang menegaskan kebenaran Kitab-kitab suci Yang terdahulu daripadanya, lagi, memandu kepada kebenaran (tauhid) dan ke jalan Yang lurus (ugama Islam).
 
 
Kesimpulannya, Ijma’ Ulama (bersepakat ulama) mengatakan bahawa rasul kita iaitu Nabi Muhammad SAWQ diutuskan kepada Ath-Thaqalain iaitu bangsa manusia dan bangsa jin. 
 
Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Ahqaf : 
 
وَمَن لّا يُجِبْ دَاعِيَ اللَّهِ فَلَيْسَ بِمُعْجِزٍ فِي الأَرْضِ وَلَيْسَ لَهُ مِن دُونِهِ أَوْلِيَاء أُوْلَئِكَ فِي ضَلالٍ مُّبِينٍ
 
32. "Dan sesiapa tidak menyahut (seruan) Rasul Yang mengajaknya ke jalan Allah, maka ia tidak akan dapat melepaskan diri (dari balasan azab walau ke mana sahaja ia melarikan diri) di bumi, dan ia tidak akan beroleh sesiapapun - Yang lain dari Allah - sebagai pelindung-pelindung Yang membelanya; mereka (yang demikian sifatnya) adalah dalam kesesatan yang nyata".
 
 
RINTIHAN IBLIS
 
Rintihan Iblis laknatullah meliputi empat aspek iaitu :
i. Ketika dilaknat.
ii. Ketika turun ke bumi.
iii. Ketika Rasulullah dilahirkan.
iv. Ketika Al-Fatihah diturunkan.
 
Ibn Abid Dunya meriwayatkan daripada Said bin Jubair, katanya: "Tatkala Allah melaknat Iblis, suaranya berubah daripada suara Malaikat. Maka mereka (iblis) terperanjat maka mulalah ia merintih sehinggalah hari qiamat".
 
Said berkata: "Manakala Iblis melihat Nabi berdiri sembahyang di Mekah, Iblis merintih lagi, manakala Nabi SAW merasmikan pembukaan kota Mekah Iblis merintih lagi dan berkata:-lagu atau syair-sy “Kamu tak akan dapat mengembalikan umat Muhammad keepada Syirik , tetapi fitnahkanlah pada agama mereka, dan sebarkan lagu syair.”

Hukum Berkhadam Kepada Jin

Written by Web Admin. Posted in Jin & Kehidupan

Selalu dipersoalkan orang apakah hukumnya jika seseorang itu menggunakan jin sebagai khadam. Jawapannya, manusia memang boleh menggunakan jin sebagai khadam, bahkan ini banyak berlaku, baik di negara kita Malaysia maupun di negara-negara Afrika dan sebagainya.Mereka menggunakan jin untuk tujuan kejahatan seperti merosakkan orang, menyakiti mereka dan sebagainya.

Sebenarnya, mengapakah jin itu boleh menuruti dan mematuihi arahan dan perintah manusia? Ini berlaku kerana manusia menggunakan azimat, pujaan, dan jampi serapah yang boleh membawa kepada syirik dan kufur, sehingga jin kafir sedia berkhidmat semata-mata supaya manusia yang kufur bertambah kufur dan yang beriman akan menjadi kafir. 
 
Ibn Taimiyah di dalam kitabnya “Majmuul fatawa” mengatakan: 
“Mana-mana orang yang boleh mengarahkan jin mematuhi perintah Allah dan Rasulnya, beribadat kepada Allah , dan mentaati Nabi-Nya sebagaimana ia menyuruh manusia maka ini adalah sesuatu kemulian yang dikurniakan Allah kepada wali-walinya dan juga untuk para khalifah Rasul dan penggantinya”.
 
Sekiranya jin itu digunakan untuk tujuan yang harus samalah dengan menyuruh manusia kepada perkara yang harus.Samalah juga kalau kita arahkan mereka kepada perkara yang wajib.Keadaan ini samalah seperti seorang raja yang memerintahkan rakyat melakukan perkara-perkara yang mesti dan yang harus. Sebagaimana juga para nabi yang dianugerahkan oleh Allah SWT kelebihan kepada mereka, seperti Nabi Allah Sulaiman, Nabi Yusuf, Ibrahim, Musa, Isa, dan Nabi Muhammad SAW.
 
Tetapi kalau mereka disuruh untuk melakukan sesuatu yang diharamkan oleh Allah dan Rasulnya, sama ada berbentuk syirik, membunuh orang yang tidak berdosa, menyiksa orang, sehingga merosakkan otaknya sampai mereka lupa, amalan ini adalah berdosa di sisi Allah SWT.
 
Samalah juga kalau menolong seseorang supaya kufur maka ia menjadi kafir dan kalau seseorang menolong menganjurkan maksiat maka ia juga dikira melakukan maksiat.
 
Jika seseorang itu memohon pertolongan jin supaya membawanya ke sana ke mari, membawanya ke padang Arafah, menerbangkannya ke suatu tempat atau sebagainya. Kesemuanya ini adalah suatu tipu daya jin belaka dan hajinya itu tidak dikira haji Syarie.
 
Kesimpulannya :
i. Kalau boleh diperintah jin supaya ia mentaati Allah, mengerjakan ibadat dan sebagainya maka iaitu merupakan kurniaan Allah kepada seseorang.
 
ii. Menggunakan jin dalam perkara-perkara yang diharuskan oleh Allah seperti menyuruh mereka bekerja dalam pembinaan dan sebagainya. Nabi Sulaiman selalu memerintahkan jin melakukan bermacam-macam urusan dan kerja, termasuk menyelam dalam laut dan mengangkat batu. Ini adalah suatu anugerah Allah kepada baginda dan juga kepada Nabi-nabi yang lain dan begitu juga wali-wali Allah.
 
iii. Menggunakan jin untuk tujuan kejahatan seperti menyiksa dan membunuh manusia, menyebabkan manusia itu lupa diri, dan apa juga yang boleh menyusahkan orang maka hukumnya berdosa, maksiat, dan berdosa besar.

Manusia Lebih Mulia Daripada Jin

Written by Web Admin. Posted in Jin & Kehidupan

Abu Bakar al-Jazairi barkata, “Sesungguhnya jin walaupun yang paling wara’ sekalipun mereka tetap juga diatasi oleh manusia dari segi kemuliannya, kerana Allah s.w.t. telah menjelaskan bahawa manausia merupakan makhluk yang paling mulia sebagaimana fiman-Nya:

وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنِي آدَمَ وَحَمَلْنَاهُمْ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَرَزَقْنَاهُم مِّنَ الطَّيِّبَاتِ وَفَضَّلْنَاهُمْ عَلَى كَثِيرٍ مِّمَّنْ خَلَقْنَا تَفْضِيلاًِ 

"dan Sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda Yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka Dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk Yang telah Kami ciptakan."
 
Kemulian yang seumpama ini tidak diperolehi oleh bangsa Jin, dari mana-mana pun baik dari al-Quran maupun kitab-kitab yang terdahulu ataupun daripada lidahnya Rasulullah SAW, begitu juga jin berasa berendah diri, (inferiority complex) di hadapan manusia oleh itu apabila makhluk manusia memohon perlindungan kepadanya mereka terasa hebat dan sombong, mereka sebenarnya makhluk yang terhina.