Minyak Wangi Sebagai Pengasih

Written by Web Admin. Posted in Masalah & Persoalan


2011 Darussalam didatangi seorang lelaki bersama anaknya remaja yang masih SPM yang ingin mencari pasangan kekasih. Tujuan mereka berjumpa Darussalam agar pihak kami memberi nasihat kepada anaknya dan untuk didoakan agar anaknya tekun dalam pelajaran.
 
Mereka membawa bersama satu botol minyak wangi yang digunakan untuk "pengasih" yang dibeli daripada seorang ustaz dengan harga RM300. Dakwa ustaz tersebut,  dengan memakai minyak wangi yang dibeli ini, sesiapa yang berjumpa dengannya tidak akan memarahi dan membencinya.
 
Bapa kepada si anak ini tidak suka dgn minyak wangi tersebut dan melalui nasihat Darusalam kepad anaknya itu, akhirnya anak lelakinya meninggalkan minyak wangi itu di Darussalam walaupun terasa sayang kerana ingin digunakan bagi memikat perempuan nanti.
 
Darussalam menerima minyak wangi tersebut dengan tidak menduga apa-apa yang kotor , dan sangat bersetuju agar minyak wangi itu tidak digunakan kerana bimbang ia dijadikan seolah suatu tangkal/azimat bagi remaja SPM tadi.
 
Akhirnya setelah lebih kurang seminggu dalam simpanan, kami melupuskan barang-barang yang ditinggalkan dengan membaca ayat-ayat ruqyah terlebih dahulu. Lalu minyak wangi tersebut dibuang dalam parit besar yg berdekatan.
 
Setelah dicampak minyak wangi itu lebih kurang 2-3 minit, bapa kepada si lelaki SPM tadi menelefon kami dan mengatakan anaknya jatuh pengsan dan tak sedar diri. Lalu dibawa berjumpa kami dan pihak Darussalam melakukan rawatan, ternaya minyak wangi pengasih itu didampingi jin dan meresap ke dalam tubuh anak lelaki si bapa tadi.
 
PERSOALAN :
Bagaimana boleh terjadi sebegitu sedangkan yang menjual minyak wangi itu seorang perawat islam dan seorang ustaz?
 
JAWAPAN :
Apakah Islam menyuruh kita menggunakan jampi-jampi untuk mencari pasangan kekasih? Walaupun dijampi dengan beberapa ayat termasuk ayat al-Quran, namun jin telah mencelah masuk dengan tujuan untuk lebih menyesatkan lagi ustaz tersebut agar apa yg dibuat BERHASIL dan dilihat sebagai Rawatan Islam, sedangkan yg dibuat adalah bertentangan dengan islam.