Asal Usul Jin

Written by Web Admin. Posted in Arkib 2010-2011

API DAN ASAL USUL JIN

Menurut al-Quran, Allah swt mencipta jin daripada api yang panas. Berbeza dengan malaikat yang Allah cipta daripada cahaya. Allah juga menjelaskan bahawa Dia menciptakan jin dan malaikat lebih dahulu daripada manusia. Tetapi tidak diketahui secara tepat jarak waktunya antara dua penciptaan itu.

 

Dalam al-Quran terdapat dua istilah api yang dijadikan jin itu. Ada yang dikatakan nar al-samum ( api yang sangat panas) dan ada pula diktakan marij (nyalaan api). Daripada tafsiran ulama, tidak ada perbezaan ketara antara keduanya. Cuma al-samum adalah sifat yang ditambahkan yang merupakan penjelas kepada ciri atau sifat marij.

 

Oleh itu jelas sifat-sifat api itu juga ada pada jin. Api bersifat ringan, terdiri daripada campuran pelbagai warna dan ia tiada bentuk yang tetap ; boleh memanjang, memendek, lentok ke kiri atau ke kanan dan sebagainya. Dari segi faktanya jin dikatakan bergerak pantas ; boleh terbang di udara dan menyelam di air. Jin juga diketahui ada berbagai-bagai warna. Ia boleh mengubah bentuk tubuhnya badannya ; memanjang, memendek, bulat, lonjong dan sebagainya.

 

Selain itu jin mempunyai beberapa kelebihan seperti tidak dapat dilihat oleh manusia, dapat masuk ke dalam bumi dan mempunyai umur yang panjang. Semua kelebihan-kelebihan itu adalah hasil permintaan jin yang diperkenankan oleh Allah ketika awal-awal jin dicipta.

 

Daripada Ibn Abbas r.a.: “Allah menciptakan pemimpin jin daripada nyalaan api. Kemudian dikatakan kepada jin yang baru sahaja dicipta itu: Mintalah sesuka hatimu.’ Maka jin pun berkata: Aku meminta agar aku dapat melihat tetapi aku sendiri tidak boleh dilihat, aku meminta agar dapat masuk ke dalam bumi dan aku meminta supaya dipanjangkan usia dan menjadi muda lagi sebelum mati.’”

 

 

 

PENGERTIAN JIN DARI SEGI BAHASA

Perkataan jin berasal daripada Bahasa arab yang terdiri daripada dua huruf iaitu Jim dan Nun “جن” yang bereti sesuatu yang tersembunyi sebagaimana firman Allah di dalam al-Quran bermaksud :

"Maka ketika ia berada pada waktu malam Yang gelap, ia (Ibrahim)  melihat sebuah bintang (bersinar-sinar)"- ( Surah al-An’am :76)

 

Tiap-tiap perkataan yang beriringan daripada huruf jim dan nun maka maknanya tersembunyi atau tidak kelihatan. Jin itu digelarkan dengan nama sedemikian kerana ia tidk dapat dilihat dengan pandangan mata zahir.

 

PENGERTIAN JIN DARI SEGI ISTILAH

Bermacam-macam definisi yang kita dapati mengenai jin ini tetapi dapatlah diringkaskan menurut pandangan Syed Sabiq di dalam bukunya العقائد الإسلامية

Katanya jin itu : Suatu jenis roh yang berakal yang mempunyai kehendak. Mereka adalah mukallaf sebagaimana manusia, tetapi mereka tidak mempunyai jasad seperti manusia, tidak dapat dilihat dengan penglihatan, tidak dapat disaksikan bentuk dan tabiat mereka yang asli dan mereka mempunyai kuasa tersendiri untuk membentuk diri mereka.

 

Jin dicipta daripada apiiaitu lebih dahulu daripada manusia sebagaimana firman Allah swt :

"Dan jin pula, Kami jadikan Dia sebelum itu, dari angin api Yang panasnya menyerap ke liang bulu roma".(Surah al-Hijr :27)

"Dan ia telah menciptakan jin dari lidah api Yang menjulang-julang"  (Surah ar-Rahman :15)

 

Firman-Nya lagi sebagai menghikayatkan kisah Iblis bermaksud :

"Apakah penghalangnya Yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (Wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang Dia Engkau jadikan dari tanah".-Surah al-A’raf :12                                                                                                                                       

Sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan daripada Aishah r.ha.

خُلِقَتِ المَلَائِكَةُ مِنْ نُورٍ وَخُلِقَ الجَانُّ مِن نَارٍ وخُلِقَ آدم مِمَّا وُصِفَ لَكُمْ

Maksudnya: “ Malaikat dicipta daripada cahaya, jin dicipta daripada api dan manusia dicipta daripada apa yang diceritakan kepadamu (tanah).”-  ( Riwayat Muslim )                   

                                                                          

Oleh itu jelaslah penciptaan manusia adalah kemudian, tetapi tidaklah dapat diketahui secara tepat berapa tahunkah jaraknya penciptaan antara dua makhluk ini.

 

Ibn Bashar al-Qurasyi di dalam kitabnya al-Mubtada daripada Abdullah bin Amr bin al-As. Katanya: Allah mencipta jin ini sebelum Adam selama dua ribu tahun.”

Ada pula pendapat lain yang mengatakan jaraknya selama 40 tahun. Walau bagaimanapun jumlah ini tidak dapat dipertanggungjawabkan kerana tidak ada dalil sama ada daripada al-Quran atau daripada hadis Rasulullah saw.

 

Memadailah kita mengatakan bahawa manusia diciptakan kemudian daripada jin. Jin adalah dicipta daripada api manakala manusia dicipta daripada tanah sebagaimana firman Allah swt bermaksud :

"Apakah penghalangnya Yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (Wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang Dia Engkau jadikan dari tanah."-(Surah al-A’raf :12       

 

Pengamal Perubatan

Written by Web Admin. Posted in Arkib 2010-2011

BOMOH

Menurut kamus dewan ialah Tabib kampung (yang mengubati orang sakit dengan menggunakan cara tradisional atau cara kampung dan jampi-jampi).(Kamus Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka, KL, Edisi 3, 2003, hlm.170)

DUKUN

Dukun ialah orang yang mengubat orang sakit atau memberi ubat cara kampung atau tradisional(dengan membaca jampi serapah dan sebagainya).(Kamus Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka, KL, Edisi 3, 2003, hlm.320)

PAWANG

Pawang Ialah :

1. Orang yang mempunyai kebolehan istimewa untuk melakukan sesuatu (biasanya dengan menggunakan kuasa ghaib).

2. Orang yang pandai mengubati orang sakit dan lain-lain (dengan menggunkan jampi mentera dan lain-lain). (Kamus Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka, KL, Edisi 3, 2003, hlm.990)

 

Menurut Kami (DARUSSALAM)

Bomoh, dukun dan pawang biasanya dikaitkan dengan orang yang mengubat menggunakan jampi yang bercanggah dengan Islam.Begitu juga memggunakan khidmat Jin ketika mengubat.Jampi ialah perlindungan yang dijampi kepada seseorang yang mengidap sakit seperti demam, pening dan lain-lain. Dalam bahasa arab jampi dikenali dengan Al-ruqa atau Al-ruqyah.Garis panduan pengamal perubatan ini mengandungi perkara-perkara berikut :

1. Asal-usul dan hukum perubatan

2. Matlamat perubatan

3. Syarat-syarat perubatan

4. Mengenai pengamal perubatan

5. Ikrar dan sumpah

6. Pantang larang

7. Adab semasa perubatan

8. Pengamalan perubatan

9. Bayaran penggeras

10. Pengijazahan