Etika Perawat
A. ETIKA SEBELUM MERAWAT
-
Perawat mestilah berpakaian sopan.
-
Perawat tidak dibenarkan memakai T.Shirt / Baju Lengan Pendek semasa rawatan.
-
Perawat tidak dibenarkan memakai seluar Jeans atau jenis ketat semasa rawatan.
-
Perawat lelaki hendaklah memakai kopiah semasa rawatan.
-
Perawat perempuan mestilah bercirikan pakaian seorang muslimah, tidak terlalu berhias dan tidak menampakkan aurat.
-
Perawat diingatkan agar tidak memakan sesuatu yang membawa bau yang tidak menyenangkan kepada pesakit.
-
Perawat mestilah bercakap secara sopan dengan pelanggan.
-
Perawat tidak dibenarkan berseloroh dikhalayak ramai.
B. ETIKA SEMASA RAWATAN
- Perawat mestilah memakai nametag semasa rawatan.
- Perawat hendaklah mengetahui perkembangan terbaru pelanggan supaya doa yang dibaca sesuai dengan pesakit.
- Perawat hendaklah menghormati sahabat-sahabat perawat lain.
- Bacaan semasa rawatan hendaklah sederhana sekiranya ada perawat lain agar menggangu bacaan mereka.
- Perawat hendaklah berlemah lembut dengan pelanggan.
- Jangan sekali-kali menekan pesakit yang meraung sakit sekiranya mereka sedar atau separuh sedar.
- Jangan sesekali mengeluarkan perkataan kesat semasa berdailog dengan jin kerana sesetengah pesakit sedar dan mendergar percakapan perawat.
- Jangan merendahkan perawat lain di hadapan pelanggan.JANGAN SENTUH atau PEGANG BAHAGIAN SULIT PESAKIT atau YANG BERDEKATAN DAN SEUMPAMANYA walaupun Jin mendakwa duduk disitu.
- Perawat tidak dibenarkan merawat pesakit berlainan jantina dalam satu bilk kecuali ditemani mahramnya atau ada perawat lain
