Khidmat Rawatan

Written by Web Admin. Posted in Profile

 

Kaedah Pengubatan Islam merupakan satu cabang usaha pesakit dalam mencari kesembuhan penyakit yang sedang dialami. Walaubagaimanapun, ia bukanlah bertujuan untuk mengambil alih peranan rawatan moden. Malah ia juga bukanlah untuk rawatan penyakit yang berpunca dari Makhluk Halus semata– semata. Pengubatan Islam adalah suatu kaedah yang berasaskan wahyu Ilahi yang diturunkan melalui al-Quran dan as- Sunnah. Ia juga bertemakan amalan as- Salafussoleh, Ahluz- Zikr dan pengalaman ahli pengubatan Islam yang muktabar.

Pengubatan Islam sekali-sekali tidak boleh dicampur-adukkan diantara yang halal dan haram. Ia juga menolak secara keseluruhan kaedah yang berunsur syirik. Tambahan pula ianya merupakan satu ibadah bagi setiap Mu’min yang mencari keredhaan Allah s.w.t. Setiap Mu’min disuruh untuk berusaha mencari penawar bagi setiap penyakit yang dihidapi. Penyakit juga suatu penghapus dosa dan mati di dalamnya membawa hati yang sejahtera di sisi Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t :

وَنُنَـزِّلَ مِنَ الْقُرْءَانِ مَا هُوَ شِفآءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِيْنَ  وَلاَ يَزِيْدُ الظَّالِمِينَ إِلاَّ خَسَاراً.

“ Dan Kami turunkan daripada al-Quran sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang –orang yang zalim selain kerugian.”

                                                                                                            ( Surah al-Isra’ : 82 )

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

مَا أَنْزَلَ اللهُ دَاءً إِلاَّ أَنْزَلَ لَهُ شِفَاءً – رواه البخاري –

 Mafhumnya : Rasulullah s.a.w bersabda: “ Tidaklah Allah menurunkan penyakit kecuali berserta dengan ubatnya.”

( Hadis diriwayatkan oleh Imam Bukhari )

Kami Darussalam hanya berikhtiar untuk membantu, ada usaha kami dan doa-doa kami yang dimakbulkan da nada juga yang Allah s.w.t tangguhkan. Yang paling penting kita semua berikhtiar bersungguh – sungguh dengan ikhlas kerana Allah s.w.t