Profile Penasihat

Written by Web Admin. Posted in Profile

Dilahirkan pada 2 Dis 1948 di Kg. Batang Rening, Hulu Selangor. Dato’ Ismail Kamus mendapat pendidikan awal di Sek. Arab Batang Kali selama enam tahun sebelum ke Maahad Hisyamuddin, Kelang. Disana beliau sempat berguru dengan seorang ulama yang tersohor al-Syeikh Mahmood al-Arif al-Bukhari. Selepas menamatkan pengajian di sana, beliau melanjutkan pelajaran ke Kolej Islam Kelang dan Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) dan beliau memdapat Ijazah Sarjana Muda Syariah dengan kepujian pada tahun 1976.

 
Dato’ Ismail Kamus pernah menimba pengalaman sebagai guru, pegawai penyelidik dan pegawai dakwah selain bertugas selama 15 tahun di Jabatan Islam Wilayah Persekutuan(JAWI), INTAN dan Pusat Islam. Jawatan terakhir beliau ialah sebagai pakar rujuk Bahagian Hal Ehwal Islam(BAHEIS) Pusat Islam sebelum bersara secara pilihan.
 
Dato’ Ismail Kamus juga merupakan bekas ADUN Gombak Setia. Kini beliau berkhidmat sebagai perunding motivasi dan pendakwah bebas di samping menjadi ahli perniagaan dan pengamal perubatan islam Darussalam.Beliau merupakan pengasas dan penasihat Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia.