Sejarah Penubuhan

Written by Web Admin. Posted in Profile

 

1. PENGENALAN

Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia atau DARUSSALAM wujud hasil  kesepakatan dan kerjasama yang erat diantara Urusan Ulamak PAS Kawasan Gombak  dengan Pejabat ADUN Gombak Setia iaitu Ybhg.Ustaz Dato’ Ismail Bin Kamus pada  awal tahun 2003 yang lalu. Menyedari betapa pentingnya kesinambungan ilmu  perubatan  Islam yang telah beliau amalkan selama ini, maka telah dihimpunkan  semua golongan ilmu agama dan individu yang berminat untuk menyertai kursus  perubatan yang pertama kali diadakan oleh beliau.

 
 
2. KURSUS PERUBATAN DARUSSALAM KALI PERTAMA

Kursus DARUSSALAM yang pertama telah diadakan pada 28-29 Januari 2003 yang telah  dihadiri seramai hampir 35 orang peserta bertempat di Dewan Besar Pejabat Adun  Gombak Setia di Taman Sri Gombak,Selangor. Kuliah kursus disampaikan sepenuhnya  oleh Ybhg.Ustaz Dato Ismail Bin Kamus. Hasil daripada kursus yang pertama ini  maka lahirlah generasi pertama perawat DARUSSALAM. Pada peringkat awal ini,  hanya seramai 13 orang perawat yang berjaya menerima Ijazah Perubatan  DARUSSALAM. Mereka inilah yang kemudiannya menjadi perintis kepada penubuhan  resmi DARUSSALAM.

 
 
3. MAJLIS KONVOKESYEN DARUSSALAM KALI PERTAMA

Setelah menjalani latihan praktikal perubatan bersama Ybhg.Ustaz Dato Ismail Bin  Kamus bertempat di Pejabat ADUN dan MTD Gombak Setia, maka kesemua 13 perawat  generasi pertama ini telah menerima Ijazah Perubatan DARUSSALAM pada 17 Julai  2003 yang telah dilangsungkan di Pejabat MTD Gombak Setia, Taman Gombak. Kesemua  13 perawat inilah yang seterusnya menjadi ahli jawatankuasa penaja yang telah  dipengerusikan oleh Ust. Mohd Rozalie Bin Zahari dalam usaha mengembangkan  aktiviti dan keahlian DARUSSALAM seterusnya.

 
 
4. KURSUS DAN KONVOKESYEN DARUSSALAM KALI KEDUA

Setelah hampir dua tahun generasi pertama lahir maka piahak ahli jawatankuasa  penaja yang ada telah bersepakat untuk menganjurkan kursus DARUSSALAM kali kedua  pada tarikh 27-28 Februari 2005 bertempat di kelab Century Paradise Taman  Melawati. Kursus asas selama dua hari ini telah dihadiri seramai 83 orang  peserta dari seluruh Malaysia.Majlis Konvokesyen DARUSSALAM kali kedua telah  diadakan pada Julai 2005 bertempat di Dewan fadzil Mohd Noor Taman Melewar.  Seramai 63 peserta yang berjaya memperolehi ijazah DARUSSALAM.

 
 
5.PENDAFTARAN DAN MESYUARAT AGUNG PERTAMA DARUSSALAM (PENAJA)

Hasil daripada gabungan kesemua ahli DARUSSALAM daripada generasi pertama dan  kedua, maka akhirnya  DARUSSALAM secara resminya telah berdaftar dengan Pejabat  Pendaftar Pertubuhan (ROS) dengan nama penuhnya “ PERSATUAN PERUBATAN ISLAM  DARUSSALAM MALAYSIA”. Persatuan didaftarakan atas nama badan bukan kerajaan  (NGO). Setelah berdaftar secara resmi, pihak ahli jawatankuasa penaja telah  mengadakan Mesyuarat Agung DARUSSALAM kali pertama (Penaja) pada 4 Februari 2006  bertempat di Dewan fadzil Mohd Noor Taman Melewar dan telah dirasmikan pleh  Ybhg.Ustaz Dato’ Ismail Bin Kamus iaitu Penasihat resmi kepada persatuan.  Perhimpunan ini mencatat sejarah dengan kehadiran 49 peserta yang berdaftar yang  seterusnya telah memilih sebuah jawatankuasa yang baru iaitu seramai 10 orang untuk menjadi tenaga penggerak  persatuan.