Articles

Penyebab Turunnya Bencana : Pengganguran

Written by Web Admin. Posted in Nasihat & Bimbingan

PENGANGGURAN

Sebuah hadis ada menyebutkan :

“ Dari Ibnu Abbas r.a yang berkata , “ Nabi Muhammmad s.a.w bersabda ; dua nikmat yang di dalamnya, banyak manusia mengalami kerugian, iaitu sihat dan waktu luang (menganggur).

Hadis di atas menjelaskan bahawa pengangguran menjadi antara punca terjadinya penyakit-penyakit kejiwaan dan gangguan –gangguan syaitan, serta pendorong terjadinya kehinaan dan kejahatan. Seorang penyair Arab berkata ;

   "Sesungguhnya masa muda dan pengangguran; Dapat merosak seseorang dengan kerosakan yang besar. Pengangguran telah menjadikanmu malas bekerja, ianya antara sebab turunnya bencana adalah pengangguran."

 

Saidina Umar r.a telah berkata, “Pengangguran bagi laki-laki menimbulkan kelalaian.”

Beliau juga berkata, “ Tidak ada istirehat kecuali beremu Allah (mati ).”

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud ;

“ Dan sembahlah Tuhan mu, sehingga dating kepada mu perkara yang tetap dan yakin ( iaitu ajal).”

 ( al-Hijr [15] :99 )

 

Selain itu, Imam syafie juga ada menyebut ;

 “ Jika kamu tidak menyibukkan diri dengan kebenaran maka kamu akan menyibukkan diri dengan kehinaan.”

Justeru, masa lapang atau bahasa komersialnya ‘pengangguran’ merupakan satu perkara yang berbahaya kepada setiap anak Adam kerana menjadi salah satu punca turunnya bala kepada kita. Dan perhatikan di negara kita, jumlah rakyat yang mengganggur sudah tumbuh umpama cendawan selepas hujan, walau pengajian bertaraf Master, tapi mencari kerja tetap merab-raba.

Saksikanlah pula musibah Banjir dan beberapa isu yang lain yang telah menimpa. Salah siapa kalau bukan sebabnya datang dari manusia.