Wednesday Feb 22

Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/darussal/public_html/v1/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99

Etika Pelanggan

 ETIKA PELANGGAN

A.   SEBELUM RAWATAN
 
1.       Pelanggan hendaklah sentiasa dalam keadaan menutup aurat.
 
2.       Pelanggan dinasihatkan memakai seluar panjang sewaktu datang rawatan.
 
3.       Pelanggan hendaklah mencerita perkara sebenar jenis penyakit / masalah yang dihadapi.
 
4.       Sekiranya pelanggan pernah mendapatkan rawatan dari bomoh, pelanggan dinasihatkan memberitahu perawat terlebih dahulu.
 
5.       Pelanggan hendaklah secara jujur menanggalkan segal ikatan atau tanggkal yang dipakai sebelum ini.
 
6.       Pelanggan dan keluarga / teman pelanggan diharapkan tidak merokok di kawasan klinik.
 
7.       Pelanggan perempuan digalakkan memakai sarung kaki dan juga baju labuh yang menutupi semua bentuk tubuh.
 
8.       Pelanggan hendaklah menulis perkembangan terbaru sakit / masalah yang dihadapi setiap kali datang rawatan.
 
9.       Pelanggan hendaklah menyerahkan kad rawatan kepada perawat di bilik rawatan.
 
10.   Pelanggan diingatkan tidak menyebarkan perkara negative pelanggan lain kepada awam.
 
 
 
B.   SEMASA RAWATAN
 
1.       Pelanggan dinasihatkan agar jazam dan yakin akan pertolongan Allah.
 
2.       Pelanggan dinasihatkan memberitahu perkara sebenar tindakbalas yang berlaku semasa rawatan.
 
3.       Pelanggan harus memberitahu perawat akan keadaan / sakit yang dialami sekiranya pelanggan dalam keadaan sedar.
 
 
 
C.   SELEPAS RAWATAN
 
1.       Pelanggan hendaklah berjumpa dengan pembantu am di luar bilik rawatan untuk penjelesan lanjut tentang rawatan dan kaedah penggunaan bahan.
 
2.       Segala masalah yang timbul semasa rawatan bolehlah dibuat aduan kepada Ajk aduan (0133691156) atau pengerusi Darussalam (0192788512).